Wednesday, April 29, 2009

Bolehke diubah mentaliti mereka ? KPI .... KPI .... KPI

'Pentadbiran fahami denyut nadi rakyat'

PUTRAJAYA 28 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam menekankan soal pencapaian secara holistik agar hasrat kerajaan untuk mewujudkan 'pentadbiran yang memahami denyut nadi rakyat' dapat dilaksanakan.

Justeru Perdana Menteri berkata, pelaksanaan kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah kepimpinannya bukan bertujuan untuk dijadikan alat bagi mendera atau menghukum kakitangan awam.

"Tuan-tuan dan puan-puan yang berprestasi tinggi tidak perlu bimbang dan jangan anggap anda sebagai wira yang tidak didendang, kepada yang pencapaiannya kurang memuaskan, saya menyeru agar bingkas bangun membaiki prestasi diri.

"Kita tidak mahu sekadar memanterakan slogan yang muluk-muluk tetapi kosong, apa yang mustahak kerja mesti dijalankan," katanya.


Aduhai ....... saya doakan agar kakitangan awam era Najib ni berubah. Jangan bila orang telefon untuk mintak pertolongan ...... dibantainya kita menunggu sehingga 45 minit . Dipas-paskannya kita kepada entah sesiapa .... disuruhnya menunggu .... alih-alih .... " sorryla ye . Pegawai yang incharge pergi makan ....... " HAMPEH .

Saya sokong kalau boleh diubah. KPI .... KPI ... KPI ...... kalau tak dilaksanakan , KPI akan jadi macam tin kosong.


No comments: